More
    Home Fokus Sarawak Ke Arah Ekonomi Digital Menjelang 2022

    Fokus Sarawak Ke Arah Ekonomi Digital Menjelang 2022

    KUCHING, 29 Mac 2019 (SNN) – Fokus Sarawak adalah ke arah ekonomi digital menjelang tahun 2022.  “Sasaran kita adalah antara tahun 2018 hingga 2022, ekonomi digital Sarawak akan meningkat dengan infratruktur Internet 5G,” . Ini dinyatakan oleh  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  ketika menghadiri Konvokesyen Pelajar Latihan Digital dan Pelancaran Kompleks Teknikal, Digital dan Warisan Bersepadu CENTEXS di Kuching hari ini.

    Dalam ucapannya, Abang Jo sekali lagi menekankan bahawa Sarawak tidak boleh lari daripada teknologi digital untuk membangunkan ekonominya ke tahap yang lebih tinggi.“Dunia kini sedang berganjak kepada Industri 4.0 dan untuk berjaya kita perlu melatih orang kita dengan kepakaran teknologi.

    “Sebab itu CENTEXS bekerjasama dengan Huawei Malaysia menubuhkan makmal latihan digital di pusat ini bagi melatih bakat-bakat yang diperlukan dalam bidang ini,” katanya.Sasaran Sarawak adalah untuk mendigitalkan Sarawak menjelang tahun 2022 dan beliau berharap CENTEXS akan membuka lebih banyak peluang untuk melatih rakyat negeri ini.

    Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bakal dinaik taraf kepada status Akademi Digital CENTEXS tahun depan. Abang Jo berkata, usaha menaik taraf status CENTEXS dilakukan sejajar dengan hala tuju Sarawak yang memberi fokus kepada ekonomi digital. “Apabila diisytihar sebagai akademi nanti, bermakna tahap sijil pengajian juga akan dinaik taraf kepada  graduan termasuk peringkat ijazah sarjana yang khusus kepada latihan digital.

    Dalam pada itu, seramai 53 pelatih CENTEXS menerima sijil masing-masing semalam daripada Abang Johari  dalam pelbagai bidang latihan digital.Abang Johari turut melancarkan dan melawat Projek Ubah Suai CENTEXS, Ikubator dan Galeri Warisan, Realiti Tambahan Kimpalan (WALT), Makmal Latihan Digital dan Surau CENTEXS.

    Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani serta yang lain.

    Abang Jo semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih CENTEXS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...