More
    Home Sarawak Serian Fasa ketiga Program Imunisasi, Sarawak catat 855,749 individu berjaya divaksin

    Fasa ketiga Program Imunisasi, Sarawak catat 855,749 individu berjaya divaksin

    SERIAN, 23 JUN 2021 (SNN) : Penduduk di negeri Sarawak yang layak boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 bermula 22 Jun 2021.

    Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, mereka yang layak termasuklah yang berusia 18 tahun boleh mendapatkan suntikan vaksin berdasarkan temu janji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masing-masing.

    “Sarawak kini sudah memasuki fasa ke tiga dalam pemberian vaksin yang mana fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan manakala fasa ke dua untuk golongan berisiko lalu disusuli fasa ketiga iaitu rakyat biasa.

    “Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman kerajaan Sarawak tidak menetapkan pemberian vaksin mengikut fasa kerana bagi memudahkan pemberina vaksin secara menyeluruh berikutan bekalan untuk vaksin dihantar agak jauh,” kata beliau selepas melawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Serian di sini, semalam.

    Tambah beliau, sambutan program vaksinasi di Sarawak menunjukkan sambutan yang baik dimana setakat ini seramai 855,749 penduduk sudah divaksin dan pemberiannya adalah percuma oleh pihak kerajaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...