More
    Home Sarawak Bintulu Fadillah harap pengundi di DUN Jepak kekalkan GPS bagi memastikan perancangan pembangunan...

    Fadillah harap pengundi di DUN Jepak kekalkan GPS bagi memastikan perancangan pembangunan dapat diteruskan

    BINTULU, 02 NOVEMBER 2023 (SNN): Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak perlu memberi sokongan dan kemenangan dengan majoriti undi besar kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 4 November ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini perlu dilakukan bagi memastikan segala perancangan projek pembangunan yang dibawa oleh mantan ADUN berkenaan dapat diteruskan oleh parti GPS demi kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

    “Kalau mereka hendak membangun bersama GPS mereka kena buktikan bahawa mereka adalah penyokong kuat dan DUN Jepak adalah kawasan kuat kubu GPS,” katanya selepas Program BBQ Santai Bersama Belia di Rumah Bajing, semalam.

    Dato Sri Fadillah Yusof hadir disambut meriah oleh penduduk Rh Bajing pada Rabu

    Beliau yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah, kemenangan besar itu hanya dapat dibuktikan sekiranya pengundi DUN Jepak turun beramai-ramai mengundi dan memilih calon dari parti GPS.

    “Kalau tidak turun mengundi, (sekiranya) menang dengan majoriti yang sikit, apatah lagi yang turun mengundi kurang daripada 50 peratus maka sudah pasti melambangkan (kurangnya) kekuatan keutuhan sokongan itu kepada GPS dan konteks negeri Sarawak, apatah lagi sekarang GPS merupakan pemerintahan di Sarawak,” jelas beliau lagi.

    Oleh itu, Fadillah berkata, rakyat DUN Jepak perlu bersama kerajaan yang ada sekarang untuk bersama dalam arus pembangunan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...