SINGAPURA, 12 JUN 2021 (SNN) :Siapa sangka gred yang diraih semasa menuntut di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan ijazah kepujian kelas kedua (rendah) pada tahun 2014 lalu membawa rezeki kepada Cik Fadhilah Abdul Rahman Zamawi selepas tujuh tahun tamat pengajian ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sarjana di sebuah universiti terkemuka Britain.
Perjalanan baru Cik Fadhilah yang kini dianggap rezeki tidak disangka-sangka setelah menduduki ranking kelima terbaik dalam QS Global World Rankings 2021 University Oxford ditambah pula salah satu daripada tiga penerima tajaan biasiswa berprestij iaitu Biasiswa Lee Kuan Yeuw tahun ini.
Difahamkan setiap penerima biasiswa juga akan mendapat elaun tahunan sebanyak S$50,000 (bagi penerima sektor swasta) dan S$10,000 (jumlah sekali sahaja bagi penerima dari sektor awam).
PERJALANAN FADHILAH SEHINGGA BERJAYA MEMASUKI OXFORD & TERIMA BIASISWA
Ketika ditemui media, Fadhilah menjelaskan dirinya tidak pernha menyangka apabila mendengar khabar bahawa beliau mendapat tempat bagi program sarjana dalam jurusan Dasar Awam di Universiti Oxford.
Tambah beliau lagi, kemungkinan mereka lebih melihat kepada pengalaman kerja daripada prestasi akademik kerana sebaik sahaja tamat pengajian Fadhilah ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat perundingan global, MicKinsey&Company.
Beliau turut bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sektor awam bagi pelbagai urusan yang merangkumi bidang pendidikan, pelaburan, penerbangan mahupun pelancongan sepanjang berkhidmat selama lima tahun di perusahaan berkenaan.
Tidak hanya itu, bekas pelajar Maktab Rendah Raffles itu kemudiannya menggalas tanggungjawab lebih besar di sebuah pertubuhan global yang tidak meraih keuntungan iaitu, Generation.
Beliau diamanahkan untuk menjadi pengurus perkongsian di peringkat serantau bagi usaha-usaha mengubah sistem pendidikan dan pekerjaan serta mendokong individu mengatasi cabaran menukar kerjaya. Hal ini memerlukan Cik Fadhilah untuk memastikan sektor awam dan swasta serta sosial saling berhubungan demi menawarkan peluang pekerjaan yang baru.
Baru-baru ini Cik Fadhilah memperkenalkan satu projek iaitu GetReadySG yang dilancarkan pada Disember 2020 dengan gandingan bersama syarikat Microsoft bagi membuka peluang pekerjaan sehingga 1,000 rakyat Singapura sebagai sebahagian Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited. Tanpa penglibatan beliau, usaha itu mungkin gagal kerana Cik Fadhilah menjadi ‘orang tengah’ menghubungkan Microsoft dengan badan-badan kerajaan.

MULA PENGAJIAN SEP, PILIH DASAR AWAM
Ketika ditemubual media BERITAmediacorp, alasan beliau memilih untuk mengikuti program possiswazah selepas tujuh tahun tamat pengajian ijazah, Cik Fadhilah menyatakan beliau berhasrat untuk menukar kerjaya. Sejak dua tahun lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang sedang mengikuti program berkenaan di peringkat sarjana di Harvard. Perkenalan itu memberi suntikan kepada beliau untuk menukar kerjaya tetapi memerlukan masa untuk berfikir sejenak dan belajar tentang bidang lain juga sebelum betul-betul membuat keputusan.
Jelasnya, hasrat beliau memilih bidang Dasar Awam adalah beliau sendiri ingin memahami lebih mendalam tentang bagaimana dirinya boleh menjadi lebih berkesan dalam memastikan huraian Pemerintah sesuai dengan apa yang rakyat perlukan. Dan beliau berfikir, pentingnya untuk beliau sebagai seorang yang aktif dalam hubungan kemasyarakatan mendapat pendedahan antarabangsa agar mempunyai pandangan yang lebih luas.
Cik Fadhilah akan terbang ke Britain pada September ini dan akan memulakan program sarjana di Universiti Oxford selama setahun.-Sumber MEDIAcorp.