More
    Home Malaysia Enam Ahli Parlimen GPS antara yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

    Enam Ahli Parlimen GPS antara yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

    KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2022 (SNN): Enam Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan senarai 27 nama Timbalan Menteri menerusi sidang media di Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

    Keenam-enam Ahli Parlimen GPS yang dilantik adalah Ahli Parlimen Kota Samarahan; Datuk Rubiah Wang sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Ahli Parlimen Limbang; Datuk Hasbi Habibollah sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, Ahli Parlimen Mukah; Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ahli Parlimen Sibuti; Lukanisman Awang Sauni sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Sarikei; Dato Sri Huang Tiong Sii sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Ahli Parlimen Hulu Rajang; Datuk Wilson Ugak Kumbong sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Senarai Barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

    Menurut Datuk Seri Anwar, perkara itu diputuskan selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    Katanya lagi, pelantikan tersebut bagi melengkapkan pentadbiran kerajaan selepas 28 anggota Jemaah Menteri mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 3 Disember lalu.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    AKYBMS berhasrat untuk mencalonkan Hikayat Panglima Nikosa dalam program UNESCO

    0
    KUCHING, 22 DISEMBER 2024 (SNN): Kolokium Novel Pertama Di Dunia ' Hikayat Panglima Nikosa' yang merupakan acara Tahunan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak...