More
    Home Malaysia Empat pertubuhan menerima geran MRP daripada ADUN Jemoreng

    Empat pertubuhan menerima geran MRP daripada ADUN Jemoreng

    JEMORENG, 26 DISEMBER 2022 (SNN): Sebanyak empat pertubuhan menerima cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan N.44 Jemoreng membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM25,000.

    Penyerahan geran disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng pada Ahad.

    ADUN Jemoreng turut berkesempatan menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan yang berlangsung di kawasan berkenaan.

    Penerima geran adalah Jawatankuasa Bolasepak Dan Futsal Matu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jemoreng Hilir Matu, JKKK Kampung Jemoreng Hulu Matu dan Madrasah Abd Latip Kampung Pergau Matu.

    Dr Juanda dalam pada itu menasihatkan agar peruntukan yang diterima digunakan sebaik mungkin dan berharap mereka bertambah aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti kesukanan serta program kemasyarakatan seperti gotong royong dan sebagainya di kawasan tersebut.

    Selepas itu, Dr Juanda meluangkan masa meninjau Kampung Tian Matu bersama Ketua Masyarakat Kampung Tian untuk melihat Sungai Tian yang telah luas dibersihkan hasil gotong royong perdana yang diadakan baru-baru ini anjuran enam JKKK di kampung tersebut.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...