More
    Home Sarawak Bintulu Empat maut manakala seorang parah tercampak keluar selepas kenderaan dipandu rempuh lori...

    Empat maut manakala seorang parah tercampak keluar selepas kenderaan dipandu rempuh lori di bahu jalan

    BINTULU, 14 NOVEMBER 2021 (SNN) : Empat maut manakala seorang cedera parah tercampak keluar apabila sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dipandu melanggar bahagian belakang lori muatan panjang yang berhenti di laluan sebelah kiri berhampiran lampu isyarat Eco Park, Bintulu kira-kira jam 4 pagi tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.24 pagi sebelum mengerahkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju bergegas ke lokasi kejadian di mana dalam kejadian itu empat mangsa didapati tersepit dalam kenderaan tersebut manakala seorang lagi mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

    Sejurus tiba di lokasi pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan Res-Q untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan namun keempat-empat mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan telah disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dari Hospital Bintulu yang turut tiba di lokasi.

    Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan

    Jelasnya, seorang lagi mangsa yang cedera parah berusia 28 tahun akibat tercampak keluar kemudian telah diberi rawatan susulan di hospital manakala empat rakan mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...