More
    Home Malaysia Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di Sarawak

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di Sarawak

    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Kata beliau, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya komited untuk memfasilitasikan pembangunan projek infrastruktur bagi Pelan Hala Tuju Gas Sarawak atau ‘Sarawak Gas Roadmap’ tepat pada masanya.

    “Pelan ini merangkumi beberapa projek infrastruktur gas utama yang sedang dijalankan atau dalam perancangan, seperti Loji Kuasa Gas Turbin Gabungan Kitaran Miri 500 megawat, projek paip Samalaju, projek gas ke Bintulu dan Hab Rendah Karbon Kuching.

    “Setiap projek infrastruktur ini mengukuhkan ekosistem rendah karbon Sarawak sambil memastikan rakyat Sarawak mendapat manfaat secara langsung daripada sumber semula jadi kita, membuka jalan untuk masa depan yang mampan dan inklusif,” katanya ketika berucap dalam Sidang Kemuncak ‘Sarawak Gas Roadmap’ anjuran Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Isnin.

    YAB Premier Sarawak ketika menyempurnakan perasmian Sidang Kemuncak ‘Sarawak Gas Roadmap’-UKAS

    Tambahnya, setiap projek ini adalah langkah penting ke arah merealisasikan visi Sarawak menjadi hab tenaga serantau.

    Justeru, Dato Sri Julaihi memberitahu, Pelan Hala Tuju Gas Sarawak dan Hab Rendah Karbon Kuching menandakan satu era transformasi bagi Sarawak.

    “Dengan membangunkan infrastruktur kritikal, mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan industri, kita membawa Sarawak lebih dekat untuk merealisasikan visi ekonomi rendah karbon yang berkembang pesat,” jelasnya.

    Turut hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Pengerusi PETROS; Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Peguam Besar Sarawak; Dato Sri Saferi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS; Dato Janin Girie dan Ketua-Ketua Jabatan-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...