KOTA SAMARAHAN, 13 OGOS 2021 (sNN) : Tiga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan maut serta-merta manakala seorang lagi parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Institut Jantung Negara (IJN) Samarahan dalam satu kejadian tembak-menembak di Kem TUDM di Jalan Samarahan pagi tadi.
TUDM dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi tadi dipercayai berpunca daripada salah seorang anggota mengamuk sebelum mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain lalu menembak tiga rakan anggota lain yang sedang bertugas di pos kawalan pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) Kota Samarahan.
Difahamkan, dua anggota disahkan mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera parah di bahagian perut dan disahkan meninggal dunia di IJN Samarahan manakal suspek bertindak menembak dirinya sendiri selepas kejadian itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati 4 anggota tersebut bertugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 dan kes ini masih dalam siasatan pihak polis.