More
    Home Malaysia Empangan Melata hanya akan dilaksana jika penduduk tempatan bersetuju-Premier Sarawak

    Empangan Melata hanya akan dilaksana jika penduduk tempatan bersetuju-Premier Sarawak

    LANGKAWI, 29 JANUARI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak tidak akan memaksa penduduk tempatan menerima projek pembinaan empangan melata di kawasan mereka melainkan mereka bersetuju untuk menerima projek berkenaan demikian kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Abang Johari berkata, pihaknya akan pergi ke kawasan yang penduduknya mahu projek terbabit seperti penduduk Sungai Gat di Kapit.

    “Kita tidak akan memaksa. Kalau anda tidak mahu, kami terima dan proses perbincangan yang sewajarnya akan dijalankan sekiranya persetujuan diberikan. Jadi saya mulakan (projek) dengan Kapit,” katanya ketika berucap di Forum Kepimpinan 2024, di Langkawi.

    Beliau juga menjelaskan konsep penjanaan kuasa hidro dari projek itu tidak akan menenggelamkan kawasan tanah yang luas sekali gus mungkin tidak perlu penempatan semula orang yang terlibat.

    Turut hadir sama di forum itu ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...