More
    Home E-Bulan Melayu Sarawak 2021 anjuran AKYBMS mengangkat martabat bangsa Melayu di Sarawak

    E-Bulan Melayu Sarawak 2021 anjuran AKYBMS mengangkat martabat bangsa Melayu di Sarawak

    KUCHING, 30 JUN 2021 (SNN) : Walaupun seluruh negara masih lagi di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 masih membimbangkan, hal itu tidak menghalang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menganjurkan program yang memartabatkan bahasa serta budaya bangsa Melayu Sarawak melalui e-Bulan Melayu Sarawak 2021.

    Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook AKYBMS, menjelaskan penganjuran e-Bulan Melayu Sarawak 2021 yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini nanti akan menyajikan program-program khas secara atas talian yang sangat wajar dan mesti disertai orang ramai khususnya anak muda Melayu agar terus mengangkat martabat bangsa Melayu di bumi Sarawak ini.

    Pelbagai program menarik sepanjang e-Bulan Melayu Sarawak 2021 dianjurkan

    AKYBMS sangat mengalu-alukan penyertaan orang ramai melalui aplikasi ‘Zoom’ ataupun boleh ditonton secara rasmi di laman Facebook Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak untuk mendapatkan pautan bagi menyertai program mengikut tarikh yang diiklankan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    0
    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit...