More
    Home Dua wanita nyaris dihempap besi cerucuk jambatan ketika keluar dari feri Lundu

    Dua wanita nyaris dihempap besi cerucuk jambatan ketika keluar dari feri Lundu

    LUNDU, 10 JUN 2021 (SNN) : Dua wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya yang hendak keluar dari pangkalan feri Rambungan, Lundu tiba-tiba dihempap cerucuk konkrit jambatan di sini, pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superitendan Damataries Lautin dalam satu kenyataan berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pada jam 8.27 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 50-an yang memandu kereta jenis Proton Exora hendak keluar dari feri berkenaan.

    “Difahamkan besi yang diangkat oleh sebuah kapal tongkang yang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan tiba-tiba tumbang dan menghempap kereta milik mangsa di bahagian enjin.

    “Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa dalam kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya bahagian hadapan kereta yang rosak teruk,” katanya ketika dihubungi media.

    Jelasnya, juragan feri berkenaan telah melaporkan mengenai kejadian di Balai Polis Lundu pada jam 1 petang dan punca sebenar masih dalam siasatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...