More
    Home Dunia Dua pelajar Malaysia terima anugerah Dekan & Semester dari Universiti Purdue

    Dua pelajar Malaysia terima anugerah Dekan & Semester dari Universiti Purdue

    KUCHING, 19 MEI 2023 (SNN): Kejayaan dan pencapaian pelajar dari Malaysia khususnya dari kalangan anak Melayu dalam bidang pendidikan suatu yang amat memmbanggakan dan wajar menjadi contoh kepada pelajar yang lain dalam mengejar impian serta cita-cita.

    Terbaharu, dua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University Purdue berjaya meraih Anugerah Dekan dan Semester setelah berjaya memperoleh keputusan penuh (4.00) pada Semester Spring 2023.

    Memetik daripada siaran MARA USA, dua pelajar yang dimaksudkan ialah Zul Hakim Bin Zulhaimi dan Nik Akif Izzuddin Bin Nik Kamaruddin masing-masing dari bidang Bachelor of Science in Manufacturing Engineering Technology Double Major in Mechatronics Engineering and Automation & Systems Integration Engineering Techonology serta Bachelor of Science in Manufacturing Engineering Technology Major in Mechatronics Engineering.

    Syabas dan tahniah kepada dua pelajar berkenaan atas anugerah yang diterima-Foto MARA USA,

    Menurut kenyataan itu lagi, dua pelajar dari Kampus West Lafayette itu memporleh kecemerlangan keputusan 4.00 berturut-turut dan menerima anugerah penghargaan daripada pihak universiti atas kepintaran mereka.

    Difahamkan, mereka berdua juga merupakan bekas pelajar German Malaysian Institute (GMI) Bangi, Selangor.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada Zul Hakim dan Nik Akif atas kejayaan diperolehi semoga terus mencipta kecemerlangan di semester akan datang dan mengharumkan nama negara.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...