More
    Home Sarawak Betong Dr Annuar Rapaee mahu SK Maludam baharu siap sepenuhnya dan beroperasi pada...

    Dr Annuar Rapaee mahu SK Maludam baharu siap sepenuhnya dan beroperasi pada sesi persekolahan 2023/2024

    MALUDAM, 23 SEPTEMBER 2022 (SNN): Timbalan Menteri Pendidikan, inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Anuar Rapaiee mahu bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam dapat disiapkan sepenuhnya sebelum sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024 ini.

    Beliau yang hadir melakukan lawatan ke tapak pembinaan sekolah terbabit di Kampung Maludam memberitahu, setakat hari ini sekolah berkenaan telah mencapai 94 peratus siap dari segi fizikal dan diharap menjelang sesi persekolahan tahun depan ianya dapat digunakan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran bagi murid serta guru SK Maludam.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menambah, projek pembinaan sekolah tersebut dibiaya di bawah peruntukan khas kerajaan Sarawak bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang sudah tidak selamat untuk murid.

    Sekitar lawatan Dr Anuar Rapaiee ke tapak SK Maludam yang baharu semalam.

    Jelas beliau lagi, apabila siap kelak sekolah terbabit akan dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, dua blok asrama yang mampu menampung murid seramai 200 orang dan kuarters guru.

    Turut hadir sama ADUN Beting Maro; Razaili Gapor, Guru Besar SK Maludam, wakil kontraktor dan tetamu yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...