More
    Home Malaysia Didik anak-anak minat membaca Al-Quran sejak dari kecil

    Didik anak-anak minat membaca Al-Quran sejak dari kecil

    SERDENG, 29 DISEMBER 2023 (SNN): Budaya membaca kitab suci Al-Quran wajar dijadikan amalan berterusan sejak dari usia muda terutamanya anak-anak yang berada di peringkat sekolah sehinggalah ke dewasa.

    Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abdul Wahab menyeru agar amalan mambaca Al-Quran ini dipergiatkan lagi di semua peringkat kerana sebagai seorang umat Islam, ia adalah menjadi kewajipan melazimkan membaca Al-Quran selain mengerjakan solat.

    “Betapa indahnya program seperti ini, tujuan sebenar program diadakan adalah supaya kita sama-sama dapat menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    “Ini juga kepada adik-adik supaya lebih yakin dan percaya dengan kemampuan diri sendiri untuk membaca, menghayati serta mengamal apa yang terkandung dalam kitab Al-Quran,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penangguhan Program Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh SK Kampung Serdeng dengan kerjasama Masjid Darul Ikram Kampung Serdeng pada Khamis.

    Ir Yusuf Abd Wahab merakam gambar bersama peserta khatam-foto UKAS

    Pada majlis sama, seramai 15 murid menjayakan majlis tersebut telah diraikan dengan diarak dari sekolah hingga ke Masjid Darul Ikram di mana majlis berlangsung.

    Ir Yusuf berharap agar suatu hari nanti ada perserta dari Kampung Serdeng ini dapat menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat kampung, daerah mahupun bahagian.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...