More
    Home Sarawak Kuching Dicalonkan semula di kerusi DUN Sebuyau Datuk Julaihi berikrar teruskan bawa kemajuan...

    Dicalonkan semula di kerusi DUN Sebuyau Datuk Julaihi berikrar teruskan bawa kemajuan untuk kawasan Sebuyau

    KUCHING, 04 DISEMBER 2021 (SNN) : Semalam telah berlangsungnya majlis penyerahan watikah kepada calon-calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan menyaksikan beberapa wakil lama dikekalkan serta pengenalan muka baharu.

    Penyandang kerusi DUN N27 Sebuyau Datuk Julaihi Narawi dalam satu perkongsian beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku pengerusi GPS kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus mewakili rakyat di DUN Sebuyau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini.

    Datuk Julaihi menermai watikah pelantikan semula sebagai calon GPS yang akan bertanding di DUN Sebuyau pada PRN-12 kali ini.

    Katanya, dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan berpegang teguh pada prinsip amanah yang dipikul harus ditunaikan dengan telus beliau berikrar akan terus membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat di kawasan DUN Sebuyau selain sokongan dan kerjasama daripada seluruh masyarakat Sebuyau juga diperlukan agar matlamat memajukan kawasan Sebuyau dapat dicapai serta berdaya saing dengan kawasan lain di Sarawak.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi meminta agar rakyat di kawasan Sebuyau terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau khususnya bersatu menyokong GPS untuk memastikan masa depan Sarawak terus gemilang di bawah pimpinan parti tempatan yang kesemuanya adalah anak jati Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    - Advertisment -

    Must Read

    Pelajar lepasan Tahfiz berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang profesional di bawah...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 10 APRIL 2025: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah...