More
    Home Malaysia Deligasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi ke Australia beri peluang menilai kebolehsuaian model...

    Deligasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi ke Australia beri peluang menilai kebolehsuaian model industri air untuk Sarawak

    PERTH, 23 SEPTEMBER 2023 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) yang diketuai oleh Menterinya, Datuk Julaihi Narawi telah mengetuai lawatan penanda aras ke pengawal selia air dan pengendali air di Australia Barat dari 20 hingga 26 September 2023.

    Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan mengkaji struktur industri air mereka, termasuk rangka kerja perundangan dan kawal selia, tadbir urus, model perniagaan, struktur organisasi dan infrastruktur teknologi.

    “Lawatan penanda aras itu akan memberi para delegasi peluang yang tidak ternilai untuk menilai kebolehgunaan dan kebolehsesuaian model industri air Australia Barat bagi penstrukturan semula sektor bekalan air di Sarawak berkenaan dengan model yang sesuai diguna pakai untuk entiti bekalan air tunggal dan badan korporat Pihak Berkuasa Air Negeri.

    “Selain itu, ia bertujuan sebagai penanda aras ke arah pembangunan sistem bekalan air bersepadu dan pengurusan sumber air di Sarawak.

    “Dengan memperoleh pengetahuan dan pengalaman Australia Barat, kami berharap dapat mewujudkan sistem yang boleh dipercayai di seluruh Sarawak untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat selaras dengan inisiatif di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

    Datuk Julaihi dan rombongan mengadakan sesi kunjungan serta taklimat bersama Department Of Water & Environmental Regulation (DWER) Australia.-foto FB Julaihi Narawi.

    Datuk Julaihi serta rombongan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Latihan, Air dan Belia, Simone McGurk yang bertanggungjawab terhadap peraturan air di Australia Barat di Dewan Parlimen Australia Barat.

    Para pegawai juga akan melawat Jabatan Peraturan Air dan Alam Sekitar (DWER), Pihak Berkuasa Peraturan Ekonomi (ERA), dan Perbadanan Air yang merupakan pengendali air utama di Australia Barat termasuk Loji Penyahgaraman Air Laut Selatannya, Empangan Mundaring, Empangan Serpentine dan Loji Kitar Semula Air Termaju Beenyup.

    Turut hadir dalam rombongan tersebut Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak; Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar dan pegawai-pegawai kanan daripada jabatan dan agensi berkaitan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...