More
    Home Malaysia Datuk Wahbi Hj Junaidi lakukan Ziarah Silaturahim dan Mahabbah Dunia Melayu Dunia...

    Datuk Wahbi Hj Junaidi lakukan Ziarah Silaturahim dan Mahabbah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Aceh Darussalam 2023

    ACHEH, 05 SEPTEMBER 2023 (SNN): YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi bersama keluarganya telah tiba ke Aceh Darussalam pada 2 September 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda.

    Sejurus tiba pada jam 5.40 petang, semasa perjalanan menuju ke hotel, mereka telah menziarahi Kompleks Kuburan Massal Korban Tsunami yang menempatkan sebanyak 46,718 orang para korban dalam satu tragedi gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 lalu.

    Lawatan sampingan ini adalah untuk melihat prospek keagamaan dan kebudayaan dan mendekatkan diri dengan penduduk sekitar. Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk melihat kesan-kesan tinggalan fenomena alam iaitu “tsunami”.

    Hari Kedua: 3 September 2023- Jalinan Silaturahim dan lawatan ke Yayasan

    Pada lawatan hari kedua, Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi telah mengadakan lawatan silaturahim ke Masjid Raya Baiturrahman sekaligus berjumpa dengan Prof. Dr. Azman Ismail, MA. Pada jam 10.30 pagi, lawatan kemudian diteruskan pergi ke Yayasan Darod Dunya.

    Setelah makan tengah hari, lawatan kemudiannya diteruskan ke Yayasan yatim dan Miskin Baitul Qur’an Aceh dan ke Universitas Syiah Kuala (Tengku Abdur Rauf As Singkili) dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh. Lawatan berilmu ini diserikan lagi dengan perjalanan menuju ke Masjid H. Harun Keuchik Leumik dan sekaligus mereka melaksanakan solat berjemaah maghrib di sana.

    Datuk Wahbi beramah mesra dengan Prof. Dr Azman Ismail-Foto AKYBMS

    Hari Ketiga: 4 September 2023- Memahami Sejarah Bangsa Melalui Lawatan Sejarah Daerah di Aceh

    Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi sekeluarga meneruskan lawatan dengan berkunjung ke Muzium Aceh untuk melihat benda-benda bersejarah zaman silam Aceh, mulai dari peralatan, peralatan perang, duit syiling kuno, Rumoh Aceh, hinggalah kepada Loceng Cakra Donya yang diberikan oleh Laksamana Cheng Ho sebagai lambang hubungan persahabatan antara Kerajaan China dan Kerajaan Samudera Pasai Oleh Iskandar Muda.

    Loceng ini diletakkan di atas kapal perang Cakra Donya (Chakra World), yang merupakan kapal perang terbesar pada masa itu, sehingga Portugis menamakannya Espanto del Mundo atau World Terror. Selepas melawat Muzium Aceh, lawatan diteruskan ke Komplek Makam BAPERIS Banda Aceh (XVII -XIXM). Kompleks BAPERIS terletak berhampiran pejabat Gabenor Wilayah Aceh. Kompleks ini dinamakan BAPERIS (Badan Pembantuan Rumpun Iskandar Muda) di mana terletaknya pejabat pertubuhan ini terdapat beberapa makam raja (Sultan Aceh) dari zaman akhir kerajaan Aceh. Di kalangan Sultan Aceh yang dimakamkan di sini termasuklah Sultan Alauddin Mahmud Syah (1760- 1764). Sultan Mahmud. Sultan Husen Djauhari. Alauddin Johan Shah. Alauddin Aman Shah dan Ibrahim Mansur Shah.

    Lawatan kemudian diteruskan ke Taman Putroe Phang, terletak di wilayah kompleks Istana Sultan Aceh di Banda Aceh, Aceh, Indonesia. Taman ini dibuat untuk sang Permaisuri Sultan Iskandar Muda bernama Putroe Phang yang bererti Puteri Pahang, yang berasal dari Pahang, Malaysia. Di taman tersebut terdapat sebuah bangunan unik, bernama Gunongan, dibuat menyerupai bukit-bukau yang terletak di Pahang, Malaysia. Bangunan tersebut dibuat atas permintaan sang Permaisuri sendiri, yang selalu rindu akan kampung halamannya di Pahang yang berbukit-bukau.

    Solat zohor secara berjemaah telah dilaksanakan di Masjid Teuku Umar dan lawatan diteruskan dengan menelusuri Kandang 12, Pemakaman Sultan Aceh Abad ke 16 Masehi. Pada jam 3.00 petang, lawatan diteruskan ke Muzium Rumah Cut Nyak Dhien dan seterusnya kami berangkat ke Masjid Rahmatullah Lampuuk.

    Masjid Rahmatullah merupakan sebuah masjid yang terletak di Lampuuk, Kecamatan Lhoknga, Kabupaten Aceh Besar. Masjid ini dibina pada 1990 dan siap pada 1997 dan dirasmikan oleh Gabenor Aceh ketika itu, Prof. Shamsudin Mahmud. Masjid yang terletak 500 meter dari pantai itu masih berdiri selepas dilanda tsunami pada 2004, hanya beberapa penjuru bangunan yang rosak dan retak, namun kebanyakannya masih utuh.

    Kredit: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...