More
    Home Sarawak Kuching Datuk Sharifah Hasidah santuni 100 ibu tunggal sempena Majlis Ihya Ramdan &...

    Datuk Sharifah Hasidah santuni 100 ibu tunggal sempena Majlis Ihya Ramdan & Iftar

    KUCHING, 10 MAC 2025: Seramai 100 ibu tunggal menerima bantuan pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan & Iftar di Muzium Budaya Borneo pada Ahad.

    Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

    Menurutnya, bantuan itu dihulurkan khusus kepada golongan ibu tunggal dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang.

    Datuk Sharifah Hasidah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal semasa majlis iftar-foto UKAS

    Dalam ucapannya, Datuk Sharifah Hasidah turut menyatakan bahawa program kebajikan seperti ini akan diperluaskan ke kawasan lain bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan yang merangkumi bantuan berbentuk bakul makanan serta duit raya.

    Majlis Sumbangan Ihya Ramadan & Iftar ini dianjurkan bersama oleh Biro Wanita SABERKAS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kebajikan masyarakat setempat-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...