KUCHING, 24 NOVEMBER 2022 (SNN): Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual akan berlangsung pada jam 5 petang ini di lstana Negara.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yng pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu lagi.
Al Sultan Abdullah turut menitahkan setiap Ahli Dewan Rakyat untuk mempamerkan solidariti, memberi keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.