More
    Home Lain-lain Datuk Juliahi lawat tapak projek tebatan banjir Blok E di Kampung Tebelu,...

    Datuk Juliahi lawat tapak projek tebatan banjir Blok E di Kampung Tebelu, Sebuyau

    EBUYAU, 10 OGOS 2021 (SNN) : Selepas selesai lawatan kerja ke tapak projek tebatan banjir Blok A Sebangan pada sebelah pagi Datuk Julaihi Narawi bersama rombongan bertolak menuju ke tapak projek tebtaan banjir Blok E di Kampung Tebelu, Sebuyau bagi melihat sendiri perkembangan projek berkenaan yang sedang giat dilaksanakan.

    Menerusi perkongsian beliau di laman rasmi Facebook miliknya pada Sabtu, Datuk Julaihi menjelaskan projek benteng laut di Blok E dibina sepanjang 8.4 kilometer bermula dari Kampung Tebelu menuju ke Kampung Seberang Sebuyau dijangka siap dalam tempoh 24 bulan iaitu pada tahun 2023 kelak.

    Beliau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, projek di Blok E berkenaan telah ditawarkan kepada sebuah syarikat kontraktor iaitu Syarikat Gerbang Timur Sdn Bhd pada bulan Februari 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM84 juta untuk menyiapkan sepenuhnya.

    “Projek yang dibiaya penuh oleh kerajaan negeri Sarawak ini setelah siap kelak sudah pasti akan memberi perlindungan kepada beberapa buah kawasan kampung seperti Kampung Tebelu, Kampung Sangkai, Kampung Senayang dan Kampung Seberang Sebuyau serta kawasan pertanian daripada air laut atau air pasang besar (king tide) serta hakisan tanah,” katanya.

    Datuk Julahi bersama rombongan pada sebelah petang hadir melihat sendiri perkembangan projek tebatan banjir di Kampung Tebelu

    Ujar beliau, dengan segala usaha Kerajaan Sarawak ini diharap akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk selain menggerak dan melipat gandakan aktiviti pertanian di kawasan berkenaan yang terbukti begitu subur sekali.

    Turut hadir sama Tuan Haji Berahim Lumpu; Residen Bhg Samarahan, Ir Law Wee; Timbalan Pengarah DID, Ir Wandee Reduan; Jurutera DID Bahagian Kuching/Samarahan, Encik Adruce Fahmi Azman; Pengarah Eksekutif Kontrektor Gerbang Timur Sdn Bhd, Juruperunding Jayabina Sdn Bhd, Ir Ang; Residen Engineer di tapak serta para jurutera yang berkaitan dan pemimpin tempatan Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...