SEBUYAU, 12 NOVEMBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan membuat lawatan kerja ke Kampung Entanggor sekaligus merasmikan padang futsal baharu yang siap dibina di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Padang futsal berkenaan amat ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan untuk bersukan di mana lokasi padang futsal ini terletak bersebelahan dewan masyarakat dan amat sesuai.
Sebelum menghadiri merasmikan padang futsal, beliau beserta rombongan terlebih dahulu merasmikan tiga jalan simpang baharu menuju ke kawasan rumah-rumah persendirian yang dibina berasingan bermula dari rumah panjang lama. Terdapat satu lagi simpang jalan menuju ke arah Sekolah Kebangsaan St.Andrew dari arah dewan masyarakat.
“Pada masa yang sama, saya inging menegaskan tentang pentingnya kita di kawasan luar bandar sama-sama memperkasakan kepimpinan luar bandar dalam semua jawatankuasa tempatan yang sedia ada termasuk kepimpinan di peringkat komponen-komponen parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“kempimpinan ini bukan sahaja perlu diperkasakan, tetapi juga perlu mempunyai pendekatan bersepadu serta bersatu hati dan seterusnya satu suara secara kolektif untuk menyuarakan keperluan atau agenda pembangunan kampung kepada pihak kerajaan semasa. Landasan atau saluran untuk menyuarakan keperluan itu biar betul dan sesuai supaya kedengaran jelas kepada pihak kerajaan,” kata beliau semasa berucap merasmikan padang futsal Kampung Entangor, Sebuyau, pada Rabu.
Tambahnya, sememangnya rakyat diberi pilihan tetapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, GPS merupakan landasan atau saluran terbaik dan terbukti telah banyak membawa pembangunan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Oleh itu, sama-samalah kita mempertahankan GPS dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi untuk terus membentuk kerajaan Kerajaan Negeri Sarawak.
“Ini adalah kerana GPS sudah mempunyai dasar dan agenda pembangunan luar bandar yang teratur dan tersedia yang sedang dilaksana dan bakal dilaksanakan dalam jangka masa terdekat secara tidak langsung kawasan di Sebuyau serta seluruh kawasan luar bandar di Sarawak akan mendapat manfaat dari dasar dan agenda tersebut apabila kita terus memberi mandat kepada GPS untuk memerintah,” tegasnya.
Selesai merasmikan dua projek rakyat tersebut, Datuk Julaihi berkesempatan melihat sendiri aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Kampung Entangor di kawasan muara sungai. Antara yang menarik perhatian beliau adalah penternakan ikan menggunakan sistem tagang yang sudah diguna pakai sejak beberapa tahun lalu.
Ujar beliau, antara ikan yang diusahakan oleh penduduk kampung berkenaan termasuklah ikan semah dan empurau yang masih kecil selain pelbagai jenis ikan seperti tilapia merah, bantak, buin dan keli. Syabas dan tahniah kepada penduduk Entangor dan diharap usaha menternak ikan berkenaan diteruskan selain dapat membantu menjana ekonomi penduduk sekitar dengan aktiviti perikanan berkenaan.
Turut hadir sama ialah Jurutera JKR Bahagian Samarahan; Nurezzaidah Bt Bohari, Pegawai Tadbir Pejabat Residen; En Chua Wei Chin, ketua kaum kampung Entanggor; TR Mommin ak Gem Jenta, Cr Peter Nanggie ak Dusin dan para pemimpin tempatan.