More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi tinjau tapak Projek Tebatan Banjir Sebuyau

    Datuk Julaihi tinjau tapak Projek Tebatan Banjir Sebuyau

    SEBUYAU, 29 JUN 2021 (SNN) : Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi beserta rombongan berkesempatan meninjau tapak projek pembinaan Benteng Laut@Projek Tebatan Banjir Blok F Fasa 1 Sebuyau hang bermula dari Kampung Sg Rama/Mambai menuju ke Kampung Giat MARA/Kampung Baru/Balai Polis Sebuyau.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sebuyau menzahirkan syukur dengan keadaan cuaca yang cerah dapat melihat keadaan benteng yang sedang dibina itu sangat meyakinkan dapat mengelakkan musibah banjir apabila siap kelak.

    Ujar beliau, setakat ini pembinaan blok tebatan berkenaan kini dalam lingkungan 15 peratus daripada keseluruhan projek dan apabila siap kelak dapat menjadi salah satu tempat rekreasi penduduk menikmati permandangan laut yang cantik.

    Keadaan projek pembinaan tebatan banjir yang masih giat dilaksanakan

    Turut hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi); YBhg Dato Sri Haji Mohammad Abu Bakar Marzuki,Residen Bahagian Samarahan; Hj Berahim Lumpu, Jurutera DID Bhg Samarahan; Ir Irwandee Reduan dan wakil kontraktor.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...