SEBUYAU, 13 APRIL 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau pada Isnin berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan DUN Sebuyau.
Beliau yang diiringi oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau bersama Tuai Rumah Kampung Nap, Tr Karong Ak Sidek, Pemanca Asli Yahya dan JKKK Kampung Nap sempat meninjau perkembangan projek RTP di Kampung dan Kampung Mambai.
Antara projek yang dilawat adalah projek pembinaan jalan Kampung Nap sepanjang 700 meter ynag menelan kos sebanyak RM2 juta, projek Bina Baru Dewan Kampung Mambai yang bernilai RM200,000 serta projek Pembinaan Jambatan Kampung Nap yang bernilai RM150,000 yang telah diluluskan di bawah Projek RTP DUN Sebuyau 2020.
Ujar beliau, diharapkan dengan pelaksanaan projek tersebut yang masih dalam kerja-kerja pembinaan ketua-ketua kaum serta penduduk dapat memberi kerjasama kepada pihak kontraktor supaya projek berkenaan siap mengikut jadual ditetapkan.