SEBUYAU, 02 APRIL 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan membuat lawatan dan tinjaun ke atas pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Tungkah Melayu, Sebuyau.
Semasa lawatan berkenaan Datuk Julaihi sempat meninjau beberapa projek iaitu projek pembinaan bina semula Dewan Kampung Tungkah Melayu dan projek RTP 2021 iaitu naiktaraf Dewan Pembelajaran Kampung Tungkah Melayu. Beliau turut menjelaskan pelaksanaan projek berkenaan adalah untuk manfaat orang kampung khususnya dalam meningkatkan taraf kehidupan dan sosioekonomi setempat.
Ujar beliau, diharapkan pihak kontraktor yang diamanahkan dapat menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan agar setelah siap kelak penduduk kampung terbabit dapat menjalankan aktiviti dan program kemasyarakatan.