More
    Home Malaysia Datuk Julaihi serah sumbangan kepada mangsa kebkaran di Kampung Masjid Sebuyau

    Datuk Julaihi serah sumbangan kepada mangsa kebkaran di Kampung Masjid Sebuyau

    SEBUYAU, 12 JUN 2023 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkesempatan menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Masjid Sebuyau.

    Beliau sendiri telah menyampaikan sumbangan itu kepada tiga keluarga yang terjejas bertujuan meringankan beban mangsa dalam satu majlis ringkas pada Sabtu.

    Terdahulu, pada 21 Mei 2023 satu kebakaran melibatkan tiga buah rumah telah memusnahkan keseluruhan struktur rumah berkenaan.

    musnah…keadaan rumah salah seorang mangsa kebakaran yang musnah dijilat api dalam kejadian berkenaan.-foto Datuk Julaihi

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan golongan belia di atas inisiatif menghulurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran.

    Turut hadir sama ialah Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...