More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi sempurnakan Majlis Perasmian Makmal Gas Domestik dan MOU antara SIRIM...

    Datuk Julaihi sempurnakan Majlis Perasmian Makmal Gas Domestik dan MOU antara SIRIM dengan SEDC

    KUCHING, 08 NOVEMBER 2022 (SNN): Kewujudan SIRIM Berhad di Sarawak telah banyak memberi sumbangan besar dalam pembangunan pelbagai industri di negeri ini termasuklah minyak dan gas.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SIRIM telah memberi sumbangan yang bermakna terhadap pembangunan industri di Sarawak sejak lebih 40 tahun yang lalu.

    “Dapat kita saksikan ketika ini, satu algi kejayaan daripada SIRIM dimana mereka berjaya membangunkan makmal Dapur Gas Domestik bertempat di Demak Laut dan ini akan membantu kerajaan negeri merancakkan lagi pembangunan industri gas terutamanya melibatkan isu keselamatan pengguna.

    “Usaha dan kerjasama antara kerajaan Sarawak dengan SIRIM ke arah pembangunan yang lebih baik dalam membantu memperkenalkan program-program terkini adalah selari dengan agenda yang sedang dirancang oleh Kerajaan Sarawak di bawah GPS,” katanya ketika berucap mewakili Premier Sarawak merasmikan Makmal Gas Domestik dan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara SIRIM dan SEDC di Hotel Terkemuka di Kuching, hari ini.

    Datuk Julaihi (tengah) menyaksikan Pertukaran Dokumen MOU antara SIRIM dan SEDC Sarawak.

    Tambah Julaihi, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan SIRIM telah banyak membantu industri tempatan dalam melaksanakan ‘Conformity Assessment’ iaitu pengujian ke atas peralatan elektrik pengguna.

    Oleh itu, dengan wujudnya makmal pengujian berkenaan sebagai tanda keseriusan Kerajaan Sarawak terhadap keselamatan rakyat dalam menggunakan peralatan dapur gas domestik.

    Mengulas lanjut, Sarawak juga dalam perancangan untuk membangunkan Pelan Induk bagi mewujudkan ‘Kuching Smart City’ dalam usaha menjadikan Kuching sebagai lokasi pertama dibangunkan dengan mobiliti rendah karbon dan infrastruktur bandar pintar yang menekankan kelestarian alam sekitar.

    “Sarawak akan memfokuskan kepada tiga sumber tenaga hijau bersih utama iaitu tenaga hidro, tenaga solar dan hidrogen bagi memastikan pengurangan gas karbon yang mengancam keselamatan alam sekitar,” tegas beliau.

    Turut hadir sama adalah Pengerusi SEDC Sarawak; Tan Sri Abdul Aziz Hussein, President&Group Chief Executive SIRIM; Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Pengurus Besar SEDC; Datu Haji Abdul Hadi dan Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...