SEBUYAU, 11 NOVEMBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap penyangdang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi pada Rabu berkesempatan melawat sekaligus merasmikan jalan menghubung ke Kampung Sagu, Sebuyau yang telah siap dibina baru-baru ini.
Tambahnya, Datuk Julaihi turut memberitahu projek pembinaan dewan masyarakat di kampung terbabit yang sudah mula dibina diharap dapat disiapkan menjelang tahun hadapan. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab diminta untuk memantau kemajuan pembinaan dewan berkenaan dengan segera.
Dalam masa yang sama, ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, Datuk Julaihi mengingatkan agar penduduk kampung untuk terus mengekalkan perpaduan dan kerjasama dalam komuniti bermasyarakat. Kita perlu perkasakan perpaduan di kalangan semua pihak di luar bandar supaya apabila perpaduan dan kerjasama dapat diperkukuhkan, kita di kawasan luar bandar dapat menyuarakan keperluan kita dengan jelas secara kolektif.
Hadir bersama beliau ialah ketua kaum Kampung Sagu; TR Lita ak Godang dan TR Amit ak Menggong, Jurutera JKR; Nurezzaidah Bt Bohari, Pegawai Tadbir Samarahan; Chua Wei Chin dan para pemimpin tempatan.