More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi rasmi Majlis Tilawah Al-Quran yang julung kali diadakan di Daerah...

    Datuk Julaihi rasmi Majlis Tilawah Al-Quran yang julung kali diadakan di Daerah Sebuyau

    SEBUYAU, 18 JULAI 2023 (SNN): Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebuyau Tahun 1444H/2023M julung kalinya diadakan di Masjid Darul Aman, Sebangan pada Isnin berjalan lancar dengan menyaksikan penyertaan daripada 11 Qari dan tiga Qariah sekitar Sebuyau.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi yang turut hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan mengucapkan tahniah kepada semua perserta yang telah mengambil bahagian di mana ia merupakan satu galakan kepada yang baharu mencuba dan memberi peluang kepada bakat yang terpendam.

    “Al-Quran juga merupakan gudang khazanah dan ilmu pengetahuan untuk mencapai perpaduan berterusan dari semasa ke semasa.

    “Jadi bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini, kita bersama-sama mengatur langkah agar sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran sebagai landasan ajaran Islam,” katanya.

    Datuk Julaihi menyampaikan hadiah kepada juara Qari Encik Wan Roslan Bin Wan Sait.

    Untuk rekod, johan bagi Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebuyau Tahun 2023 telah dimenangi oleh Wan Roslan Wan Sait, Naib Johan dimenangi oleh Wan Jamaludin Wan Sait dan tempat ketiga dimenangi oleh Odir Maludin.

    Manakala johan bagi Qariah dimenangi oleh Sh. Fatimah Wan Sait, naib johan dimenangi oleh Jama’yah Ramli dan tempt ketiga dimenangi oleh Dewiana Alup.

    Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Residen Bahagian Samarahan; Mohd Irwan Bahari Bujang, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bin Bujang selaku Pengerusi Pengelola, Pegawai Agama Bahagian Samarahan; Ustaz Aswat Osen dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak; Syed Fauzi Sahab.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...