More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi puas hati projek RTP DUN Sebuyau berjalan lancar

    Datuk Julaihi puas hati projek RTP DUN Sebuyau berjalan lancar

    SEBUYAU, 04 JULAI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berpuas hati dengan pelaksanaan projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan projek-projek lain yang telah diluluskan dilaksana dengan mengikut jadual.

    Semasa lawatan kerja beliau di Kampung Entangor, Sebuyau baru-baru ini, beliau berpuas hati melihat dua projek RTP iaitu projek jambatan menyeberangi Sungai Entangor ke kawasan bukit dan gereja serta gelanggang futsal telah siap mengikut jadual pelaksanaannya.

    Tinjauan Datuk Julaihi di jambatan menyeberang Sungai Entangor yang telah siap dibina

    Sementara itu, Datuk Julaihi beserta rombongan lawatan kerja berkenaan turut meninjau keadaan projek ‘Taggang’ yang masih giat dilaksanakan di Sungai Entangor. Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat di kawasan DUN Sebuyau dengan meluluskan beberapa projek rakyat untuk kesejahteraan bersama.

    Turut hadir sama mengiringi beliau dalam lawatan kerja adalah Residen Bahagian Samarahan; Haji Berahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad dan Tuai Rumah Kampung Entangor; Mommin Ak James Genta.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...