More
    Home Malaysia Datuk Julaihi puas hati beberapa projek pembangunan insfratruktur di Bandar Baru Sebuyau...

    Datuk Julaihi puas hati beberapa projek pembangunan insfratruktur di Bandar Baru Sebuyau sudah mula dilaksanakan

    SEBUYAU, 26 JUN 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berpuas hati apabila beberapa projek pembangunan rakyat di bawah komponen Bandar Baru Sebuyau sudah menampakkan hasil.

    Beliau yang berkesempatan meninjau sendiri perkembangan projek Bandar Baru Sebuyau itu pada Sabtu menjelaskan, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan terkini di kawasan berkenaan kerana terdapat beberapa komponen yang telah dirancang dari awal dahulu sudah menampakkan hasil.

    “Setakat ini projek yang boleh dikatakan telah siap sepenuhnya dibina adalah projek pembinaan Masjid Baru Sebuyau dan bangunan Jabatan Pertanian Daerah Sebuyau selain Klinik Kesihatan Sebuyau yang baharu yang juga terletak tidak jauh dari situ.

    “Walaupun berdepan dengan pandemik sejak dua tahun yang lalu, namun pembinaannya tetap dapat diteruskan dan hasilnya ada beberapa projek dapat disiapkan walaupun agak lewat dari jadual asal,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bangunan Pejabat Pertanian yang sudah siap sepenuhnya.-Foto FB Datuk Julaihi.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, rumah contoh bagi projek perumahan rakyat berjumlah 230 buah juga sedang dilaksanakan bagi memberi gambaran reka bentuk sebenar kepada penduduk keadaan sebenar projek berkenaan.

    Selain itu, pembinaan Chaket Sebuyau fasa 1 juga sudah ada kemajuan dan kini berada dalam peringkat hampir siap sepenuhnya.

    “Cuma sekarang ini kita masih menunggu untuk pelaksanaan gerak kerja projek pembinaan sekolah menengah gantian penuh SMK Sebuyau walaupun tapaknya sudah lama diluluskan namun belum ada perkembangan lanjut dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    “Saya berharap projek sekolah gantian penuh ini dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ianya dianggap projek penting untuk rakyat khususnya para pelajar dan warga pendidik di SMK Sebuyau lebih-lebih lagi struktur bangunan sekolah sedia ada sangat daif dan tidak selamat lagi digunakan,” tegas beliau.

    Turut hadir sama En Jerry Zainuddin Bidin; Pegawai Daerah Sebuyau, En Samsuddin Sam Abdullah; Pegawai Yayasan Sarawak, SAO; Ajis Ahmad dan Penghulu; Abu Seman Suhaili.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...