More
    Home Datuk Julaihi Narawi terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

    Datuk Julaihi Narawi terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

    KUCHING, 28 FEBRUARI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech di Stadium Tertutup, Petra Jaya pada pagi Sabtu.

    Beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain menerima suntikan dos pertama itu disaksikan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

    Datuk Julaihi (duduk) disaksikan YAB Ketua Menteri semasa mendaftar untuk disuntik vaksin sebelum menerima vaksin berkenaan.

    Tambah beliau, rakyat Sarawak diminta untuk bersabar dan yakin dengan program imunisasi Covid-19 dan semua orang akan menerima suntikan vaksin itu mengikut peringkat serta keyetapan yang sudah diatur oleh mereka yang diamanahkan kerajaan Sarawak.

    Beliau berkata demikian di laman sosial Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau pada Sabtu selepas menerima suntikan dos fasa pertama vaksin Pfizer BioNTech.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...