More
    Home Malaysia Datuk Julaihi Narawi kekal sebagai Ketua Cawangan PBB Sebuyau bagi sesi 2022/2025

    Datuk Julaihi Narawi kekal sebagai Ketua Cawangan PBB Sebuyau bagi sesi 2022/2025

    SEBUYAU, 01 MEI 2022 (SNN): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi kekal selaku Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sebuyau.

    Beliau yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan PBB Cawangan DUN Sebuyau bagi Sesi 2022/2025 yang diadakan di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu.

    Dalam sesi ucapan perasmian beliau, Datuk Julaihi menyeru agar kesemua ahli PBB cawangan Sebuyau dan seluruh Sarawak amnya untuk mengekalkan perpaduan, disiplin dan kesabaran bagi membolehkan parti PBB terus hidup subur hingga terus menjadi tunjang kepada kerajaan Sarawak.

    Datuk Julaihi bersama barisan Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan Sebuyau merakamkan foto bersama selepas mesyuarat Tri-Tahunan di Dewan Pembangunan Sebuyau.

    Mesyuarat yang dihadiri 550 perwakilan dan pemerhati dari 38 Ranting Cawangan PBB DUN Sebuyau itu telah dirasmikan serta diselaraskan oleh Setiausaha Eksekutif Parti PBB Sarawak, Datuk Awang Bujang Awang Katet.

    Menurut Datuk Awang Bujang, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 12 lepas, DUN Sebuyau telah memperoleh kemenangan majoriti yang besar hasil usaha perjuangan barisan hadapan di DUN Sebuyau.

    Dalam mesyuarat tersebut, turut menyaksikan kemenangan tanpa bertanding Arifin Takip yang dipilih sebagai Timbalan Cawangan PBB Sebuyau.

    Manakala Jawatan Ketua Wanita yang telah diadakan di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau di sandang oleh Lailawati Brahim serta 18 lagi Ahli Jawatankuasa Induk yang telah dipilih juga menang tanpa bertanding.

    Sementara itu, Ketua Pemuda pula telah disandang oleh Nasyeiruddin Borhan dan ahli jawatankuasa yang lain juga turut menang tanpa bertanding.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...