DALAT, 11 MEI 2022 (SNN) : Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak telah menghadiri taklimat bagi menangani isu bekalan air dan elektrik di daerah itu pada Isnin.
Datuk Julaihi dalam sesi taklimat itu memberitahu, beliau telah mengarahkan pengarah JBALB dan jurutera Air Bahagian Mukah agar mengambil langkah segera bagi memasang peralatan pam baru sepertimana yang telah dibincangkan dan pada masa yang sama memastikan kolam takungan Sugai Ud diisi penuh serta bekalan air untuk pekan Mukah diuruskan dengan efisen.
Dalam pada itu, notis kerja-kerja pemasangan juga telah dipersetujui bagi tempoh tiga hari dan akan dimaklumkan dengan kadar segera di peringkat kepimpinan daerah Dalat serta beliau mahu tindakan kerja harus dimulakan segera dan laporan mengenai gerak kerja harus dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk rekod, bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan N56 Dalat, pada tahun 2018 Premier Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM49.5 juta yang merangkumi tujuh pakej projek bagi mengatasi masalah air di kawasan itu.
Antara projek tersebut adalah Projek SAWAS untuk bekalan air terawat di KLID & Narub, Projek SAWAS di Nanga Baoh, New Sungai Kut Water Intake, Improvement works at Sungai Kut Water Treatment Plant, Improvement work at Dalat Water Treatment Plant & Tegup High Level Tank, Kampung Pekan, Improvement work at Oya Booster Station dan Construction and completion High Level Tank at Sungai Kut, Construction and completion Concrete Groynd Reservior at Dalat Water Treatment Plant and Pipeline 355mm OD HDPE approx. G15km from Dalat Water Treatment to Kut High Level Tank.
Jelas beliau, hampir kesemua diantara tujuh pakej projek berkenaan sudah siap sepenuhnya manakala ada beberapa lagi projek masih berstatus ‘on going’. Di akhir taklimat tersebut juga, tindakan akan diambil dalam masa terdekat bagi menangani isu iar dan elektrik sebelum 28 Mei 2022.
Turut hadir sama, pengarah JBALB Sarawak; Ir Chang Kuet Shian, Jurutera Air Bahagian Mukah; Abang Ismail Abang Selim, Pemangku Residen Mukah; Shaferi Saili serta pemimpin masyarakat.