More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi mencadangkan Agensi Pembangunan Pesisir Pantai ditubuhkan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi...

    Datuk Julaihi mencadangkan Agensi Pembangunan Pesisir Pantai ditubuhkan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi pesisir pantai

    SEBUYAU, 26 OKTOBER 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi mencadangkan agar Lembaga Pembangunan Pesisir Pantai (CDA) atau Agensi Pembangunan Peisir Pantai (CD) ditubuhkan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk di pesisir pantai.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebuyau menambah, cadangan itu telahpun diusulkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu dan juga telah diusulkan semasa Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong pada tahun lalu kerana ia amat penting untuk menguruskan pembangungan terutama sektor ekonomi di sepanjang kawasan pesisir pantai.

    “Kawasan pesisir pantai mempunyai potensi besar dalam meningkatkan ekonomi negeri kerana rata-rata penduduk di sini menjana ekonomi dalam sektor perikanan, pertanian dan sumber-sumber lain yang mampu mengubah tahap sosioekonomi penduduk. Oleh itu, kita mencadangkan agar satu agensi ditubuhkan bagi menguruskan sumber ekonomi mereka selain membantu mereka memasarkan produk perikanan yang ada,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Ke Arah Pertanian Organik Di Bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) Tahun 2021 di Kampung Tebelu, Sebuyau, semalam.

    Sidang media Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak selepas menyampaikan bantuan input kepada penduduk kampung Tebelu

    Tambah beliau lagi, sekiranya agensi berkenaan dapat ditubuhkan dalam jangka masa terdekat kawasan pesisir bakal menjadi kawasan berpotensi untuk dibangunankan pada masa akan datang memandangkan Sarawak mempunyai jaringan jalan yang baik lebih-lebih lagi kawasan pesisir sedang rancak dibangunkan jambatan yang akan menghubungkan satu zon ke zon lain.

    Terdahulu, Datuk Julaihi menyerahkan bantuan kepada myKP Tebelu, Pusat Pengeluaran Ikan Masin, Pusat Pemprosesan Produk Hiliran di Kampung Hulu Sebuyau, Pusat Pengeluaran Ais Flake di Kampung Tebelu, Pusat Membina dan Membaikpulih Vessel@Bot, Bantuan Peralatan Navigasi Nelayan seperti GPS, Net Hauler dan Echo Sounder dan juga pelaksanaan tukuan tiruan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat oleh pihak Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

    Hadir sama dalam majlis adalah Pengarah Perikanan Laut Sarawak; Encik Bohari Haji Leng, Ketua MyKP Tebelu; Encik Sabeli Haji Selihin, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad serta pemimpin tempatan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...