More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi hulur sumbangan kepada 40 asnaf bagi kawasan DUN Sebuyau

    Datuk Julaihi hulur sumbangan kepada 40 asnaf bagi kawasan DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 09 MEI 2021 (SNN) : Seramai 40 orang asnaf terdiri daripada penduduk Kampung Arus Melayu, Kampung Menek, Kampung Lutong, Sebangan menerima sumbangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 yang akan menjelang tidak lama lagi.

    Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh Datuk Julaihi Narawi merangkap Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau di Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi turut menasihati para penerima dan tetamu yang hadit untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih-lebih lagi semasa menyambut hari perayaan kelak bagi memastikan tidak berlakunya penularan wabak Covid-19.

    Hadir sama ke majlis Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad, Ketua Masyarakat Kampung Menek Sebangan; Semawi Bujang dan Ketua Masyarakat Kampung Lutong Sebangan; Alup Edin.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di landasan tepat sebagai peneraju inovasi digital

    0
    BARCELONA, 05 MAC 2025: Kerajaan Sarawak kini berada di landasan yang tepat sebagai peneraju dalam inovasi digital dengan memastikan teknologi pintar terus mendorong pertumbuhan...