More
    Home Malaysia Datuk Julaihi harap pelaksanaan pembinaan SMK Sebuyau yang baharu dapat dilaksanakan dengan...

    Datuk Julaihi harap pelaksanaan pembinaan SMK Sebuyau yang baharu dapat dilaksanakan dengan segera

    KUCHING, 19 JUN 2023 (SNN): Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang daif dan tidak selamat untuk para pelajar yang memerlukan bangunan baharu terus menjadi perhatian Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

    Beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini menyuarakan pandangannya agar sekolah baharu bagi menggantikan bangunan lama SMK Sebuyau dapat dilaksanakan dengan kadar segera oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan struktur bangunan sedia ada sudah uzur dan membahayakan para pelajar dan guru.

    Tambahnya lagi, peruntukan bagi pembinaan sekolah gantian penuh sudahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) termasuklah tapak baharu namun sehingga kini masih tidak ada bayang-bayang kerja pembinaannya.

    “Saya berharap pihak kementerian dan Kerajaan Pusat segerakan pembinaan sekolah berkenaan kerana SMK Sebuyau amat memerlukan sekolah gantian penuh agar para pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan selamat.

    “Daerah Sebuyau hanya memiliki sebuah sekolah menengah dan sekolah lama tidak mampu menampung jumlah pelajar dari beberapan buah kampung di sekitar Sebuyau ini yang jumlahnya hampir seribu orang,” katanya ketika menerima kunjungan daripada rombongan Majlis Guru Besar Zon Sebangan pada Sabtu.

    Datuk Julaihi (tengah) menerima cendera hati potret wajah beliau daripada Majlis Guru Besar Zon Sebangan sebagai tanda kenang-kenangan.

    Untuk rekod sekolah rendah di Zon Sebuyau mempunyai sebanyak 9 buah sekolah manakala Zon Sebangan pula memiliki 10 buah sekolah.

    Turut hadir dalam kunjungan adalah Guru Besar SK Sg Ladong; Cikgu Rashid Zohari dan sembilan Guru Besar dari kesemua sekolah rendah dalam Zon Sebangan.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...