More
    Home Malaysia Datuk Julaihi gesa KPM segerakan proses pembinaan SMK Sebuyau yang sudah lama...

    Datuk Julaihi gesa KPM segerakan proses pembinaan SMK Sebuyau yang sudah lama tertangguh

    SEBUYAU, 11 JANUARI 2022 (SNN) : Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi meminta supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyegerakan proses pembinaan sekolah ganti penuh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang telah tertangguh begitu lama.

    Beliau menzahirkan kerisauan berkenaan semasa berucap ketika menghadiri majlis penghargaan kepada Cikgu Haseli Baseri di SK Segali, Sebuyau yang bersara wajib anjuran SK Segali baru-baru ini.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menjelaskan, keperluan untuk menyegerakan membina semula sekolah ganti penuh SMK Sebuyau adalah amat penting kerana struktur bangunan sekolah lama tidak selamat untuk digunakan tidak kondusif untuk mengajar dan juga mengancam keselamatan para pelajar di sekolah tersebut.

    “Peruntukan untuk membina semula bangunan di tapak baharu SMK Sebuyau yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan kini kita sudah berada dalam RMK-12 namun pembinaannya belum dimulakan. Kita tidak mahu menunggu lebih lama lagi kerana bimbang akan perkara tidak diingini berlaku ke atas pelajar yang masih menggunakan bangunan yang sekarang dan dilihat membahayakan,” kata beliau lagi.

    Datuk Julaihi menyampaikan gambar sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada Cikgu Hasbie yang telah bersara wajib

    Dalam majlis yang sama, Datuk Julaihi turut meluluskan peruntukan geran sebanyak RM10,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Segali seperti tahun-tahun sebelumnya bagi menaiktaraf beberapa kemudahan di sekolah berkenaan. Pelaksanaan kerja menaiktaraf itu kelak akan dilakukan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengikut aspek dan standard yang ditetapkan.

    Jelasnya, beliau berharap sumbangan dan peruntukan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha menyediakan kemudahan serta keselesaan kepada warga pendidik dan pelajar di SK Segali dalam menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, Julaihi turut berharap agar kerajaan pusat khususnya KPM mengambil berat terhadap kualiti bangunan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak ini agar para pelajar dapat belajar dalam keadaan suasana yang selamat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...