More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi berpuas hati projek jalan Kampung Pantu Plaie telah siap sepenuhnya

    Datuk Julaihi berpuas hati projek jalan Kampung Pantu Plaie telah siap sepenuhnya

    SEBUYAU, 01 JULAI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berpuas hati melihat keadaan jalan menghubung ke Kampung Pantu Plaie yang telah siap sepenuhnya.

    Lawatan beliau bersama rombongan ke kampung berkenaan pada Rabu jelas menampakkan keadaan jalan berturap sepanjang 3.5 Kilometer itu memberi manfaat yang cuiup besar kepada penduduk kampung disekitarnya. Tambahan lagi, kedudukan kampung yang terletak di tepi laluan jalan pesisir utama Simunjan-Sebuyau akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.

    Jalan raya menghubung ke Kampung Pantu Plaie yang telah siap dibina sepenuhnya

    Menurut beliau, Kampung Pantu Plaie yang diketuai oleh Tuai Rumah Senen Ak Mejang itu mempunyai 29 buah rumah dengan jumlah penduduknya seramai 135 orang. Keadaan kampung yang cantik ditambah lagi udara yang segar jelas memberi gambaran yang menyenangkan ketika datang ke sana.

    Hadir sama mengiringi Residen Bhg Samarahan; Hj Berahim Lumpu, SAO Ajis Ahmad dan Penghulu Merum ak Babu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...