More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi berkesempatan memeriahkan Program Santai Jom Berami Makan Payak di Tebelu

    Datuk Julaihi berkesempatan memeriahkan Program Santai Jom Berami Makan Payak di Tebelu

    SEBUYAU, 24 MAC 2021 (SNN) : Sejurus selesai menghadiri Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Lupar, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkesempatan memeriahkan program ‘Jom Berami Makan Payak’ bersama penduduk Kampung Tebelu di pekarangan Surau Darul Nikmat pada Selasa.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau beramah mesra dengan penduduk kampung dan sempat mendengar permasalahan para nelayan pesisir pantai kampung itu disamping mendekati para belia di kampung berkenaan yang suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin kawasan kampung mahupun negeri ini kelak.

    Program Santai Jom Berami Makan Payak ini adalah inisiatif penduduk khususnya para nelayan dan belia bagi menunjukkan kepada Datuk Julaihi hasil tangkapan para nelayan di Kampung Tebelu. Simbolik merebus payak dilakukan oleh Datuk Julaihi dengan menggaul kira-kira 200 kilogram payak atau udang yang telah disediakan untuk tetamu yang hadir ke program.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan; Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau; Ajis Ahmad, Pemanca Daerah Simunjan; Asli Yahya, Ketua Masyarakat Kampung Tebelu Hulu; Polly Mat dan Ketua Masyarakat Kampung Tebelu Hilir; Setil Sauli.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...