More
    Home Malaysia Datuk Julaihi agih bubur pedas dan kurma sebelum hadir berbuka puasa bersama...

    Datuk Julaihi agih bubur pedas dan kurma sebelum hadir berbuka puasa bersama masyarakat sekitar Sebangan

    SEBUYAU, 17 APRIL 2022 (SNN) : Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan mengadihkan bubur pedas dan buah kurma kepada ketua masyarakat serta setiap rumah di Kampung Sampat, Lutong, Menek dan Arus Melayu pada Jumaat bersempena bulan Ramadan 2022.

    Menurut beliau lagi, agihan bubur pedas dan kurma bagi kedua-dua zon Sebuyau dan Sebangan juga sudah diagihkan terlebih awal sebelum ini termasuklah kepada klinik, pejabat daerah dan insitusi peringkat kampung yang lain.

    Selesai majlis ringkas tersebut, Datuk Julaihi beserta rombongan meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama penduduk kampung yang melibatkan Kampung Sampat dan kawasan sekitar di Pusat Khidmat DUN Sebuyau cawangan Sampat dan Dewan Masyarakat Sampat.

    Datuk Julaihi bersama penduduk setempat menunaikan solat fardhu dan tarawih berjemaah di Kampung Sampat.

    Beliau turut menunaikan sembahyang fardhu Magrib, Isyak dan seterusnya solat sunat tarawih di Surau Kampung Sampat. Sebelum berangkat pulang Datuk Julaihi turut menyerahkan sedikit agihan buah kurma kepada jemaah yang hadir.

    Turut hadir sama Hj Berahim Lumpu; Residen Bhg Samarahan, En Jerry Zainudin Bidin; Pegawai Daerah Sebuyau, Ajis Ahmad; SAO Sebuyau, Hj Mantassan Bujang; Ketua Kaum Sampat dan para pemimpin tempatan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...