More
    Home Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman mahu PPK bergerak bersama dengan entiti perniagaan bagi...

    Datuk Dr Abdul Rahman mahu PPK bergerak bersama dengan entiti perniagaan bagi membolehkan keuntungan jualan produk tempatan meningkat

    SARIKEI, 10 JUN 2022 (SNN): Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Sarikei dan Meradong disarankan agar perlu bergerak bersama dengan entiti perniagaan bagi membolehkan keuntungan jualan produk tempatan dapat ditingkatkan sehingga RM500 ribu menjelang tahun 2022 kelak.

    Timbalan Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, usaha ke arah kerjasama yang baik juga harus diwujudkan bagi meningkatkan input pertanian dan pemasaran dengan harapan PPK dapat mencapai sasaran keuntungan yang lebih baik.

    Pada kunjungan ke PPK Sarikei itu juga beliau turut meminta PPK Sarikei memberi pencerahan perkembangan semasa sekaligus mencadangkan beberapa langkah dan penambahbaikan agar dapat bergerak kehadapan bersama-sama PPNS.

    Dalam pada itu, PPK Sarikei juga bercadang untuk membuat satu projek khas iaitu ingin mengembangkan produk kopi tempatan mereka agar dapat menembus di pasaran luar negeri.

    Selepas selesai melakukan lawatan ke kedai Peladang eShop PPK Sarikei, Dr Abdul Rahman kemudian bergerak ke PPK Meradong bagi merasmikan Majlis Mesyuarat PPK bersama PPNS.

    Datuk Dr Abdul Rahman Ismail melawat ke bangunan Peladang eShop Meradong selepas menghadiri mesyuarat bersama PPNS dan PPK Meradong.-Foto Pusat Khidmat Bukit Kota.

    PPK Meradong juga turut mempunyai Peladang eShop sendiri yang sudah beroperasi yang memasarkan produk-produk tempatan daripada ahli persatuan peladang dari kawasan Meradong.

    Turut hadir sama Petrus Igat; Setiausaha Politik Premier merangkap Ahli AJP PPNS, Jackson Nanta; Ketua Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak, Benedict Thomas; Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Yunus; Pegawai Menguasa Pertanian Daerah Maradong, Gom Raway; Pengurus Besar PPNS, Penghulu Sue Song Kiok, Pengerusi AJP PPK Maradong dan Khamis Unting; Pengurus Besar PPK Maradong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...