More
    Home Malaysia Datuk dan cucu hilang semasa mencari asam paya ditemui selamat pagi tadi

    Datuk dan cucu hilang semasa mencari asam paya ditemui selamat pagi tadi

    KOTA SAMARAHAN, 06 JANUARI 2022 (SNN) : Seorang lelaki warga emas dan cucu perempuannya yang dikhuatiri hilang di hutan Kampung Binyuk selepas keluar mencari buah asam paya pada tengah hari semalam berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, Nurul Suhada, 12 tahun, ditemui pada jam 2.43 pagi dan dibawak keluar oleh pihak bomba manakala Aidil Junit, 71, berjaya dibawa keluar pada jam 3.30 pagi.

    Menurutnya lagi, kedua-dua mangsa tersebut dilaporkan hilang sekitar jam 7.13 malam berikutan belum pulang ke rumah selepas keluar ke hutan untuk mencari buah asam paya pada tengah hari.

    Mangsa diperiksa oleh pihak bomba selepas didapati dalam keadaan lemah ketika dibawa keluar dari hutan

    “Salah seorang mangsa (cucu) pada awalnya dapat dihubungi namun terputus talian akibat telefon mangsa kehabisan bateri. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan mencari mangsa hilang pada jarak 2 kilometer dari lokasi kejadian.

    “Pasukan operasi melaporkan ketika pencarian telah terdengar suara mangsa menjerit namun gagal mengesan kedudukan sebenar mereka di hutan. Pada jam 2.43 pagi, mangsa pertamaiaitu cucu mangsa ditemui dalam keadaan selamat manakala datuknya ditemui kira-kira sejam kemudian sebelum berjaya dibawa keluar pada jam 3.31 pagi,” kata kenyataan itu.

    Terdahulu, usaha mencari mangsa terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, PDRM dan warga penduduk kampung. Operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.35 pagi.

    Turut hadir sama ke lokasi kejadian Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Stakan Datuk Hamzah Ibrahim.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...