LAWAS, 25 JUN 2021 (SNN) : Selepas selesai mengadakan lawatan ke Pos Kawalan CIQ Mengkalap, Trusan dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Lawas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkesempatan meninjau keadaan proses pemberian vaksin di PPV Dewan Masyarakat Trusan.
Beliau disambut oleh Dr Farida Nazahiya Mohd Salleh dan diberikan sedikit taklimat mengenai operasi semasa di PPV Dewan Masyarakat Trusan. Difahamkan seramai 2,8000 orang penduduk di Daerah Trusan telah berjaya menerima suntikan vaksin Covid-19 sejak pengoperasian PPV berkenaan pada 18 Jun lalu.
Pada Khamis, seramai 400 orang penduduk yang berjaya membuat temu janji suntikan vaksin telah hadir bagi mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19. Manakala bagi dos kedua pula akan diberikan kepada penduduk bermula 2 hingga 6 Julai ini mengikut jadual ditetapkan.
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Encana Bahagian (JPBB) Limbang; Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA); Dato Ubaidilah Abdul Latif dan Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok.