LAWAS, 31 MA 2024: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas kepada masjid dan surau daerah Lawas di Masjid Darul Mak’ Mur Lawas pada Jumaat.
Berucap ringkas dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu tersebut memberitahu, semua pihak perlu bertanggungjawab sebagai pegawai masjid dan surau seluruh daerah Lawas.
“Kita masyarakat Islam, masjid dan surau adalah simbol umat Islam bahkan berperanan bukan sahaja melaksanakan amal ibadah tetapi untuk kita mengadakan pertemuan, perbincangan berkenaan apa jua yang bermanfaat seperti soal agama, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya.
Jelasnya lagi, pengurusan masjid dan surau harus berusaha menarik minat serta melibatkan golongan muda juga agar mereka cinta akan masjid dan surau selain istiqamah beribadah.
“Bukan hanya untuk orang yang sudah berumur sahaja. Inilah yang akan menjadi kesinambungan kita. Ini adalah tanggungjawab kita,” ujarnya.
Turut hadir Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak; Awangku Jinel Abedin Datuk Pengiran Jawa dan Pemanca Rosli Majid.-UKAS