More
    Home Malaysia Datuk Amar Awang Tengah dikurniakan Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang...

    Datuk Amar Awang Tengah dikurniakan Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama

    BRUNEI 16 JULAI 2023 (SNN): Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (PSLJ) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Laila Jasa yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sabtu.

    Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan itu bersempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran kepada Timbalan Premier Sarawak

    Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah berkata, penghargaan yang diberikan merupakan salah satu anugerah yang terbesar dalam hidup beliau.

    Tambah beliau lagi, hal ini menunjukkan hubungan yang rapat antara dua buah negara dan Sarawak.

    “Ini menunjukkan bahawa, hubungan erat antara Brunei Darussalam dan Malaysia khususnya Sarawak yang begitu rapat bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi turut dari segi perhubungan masyarakat,” ujarnya dipetik ketika ditemui media UKAS selepas majlis berkenaan.

    Justeru, beliau berharap agar hubungan rapat ini dapat dikekalkan pada masa hadapan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...