More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi sertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Kampung Sebangan

    Dato Sri Julaihi sertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidurasul Peringkat Kampung Sebangan

    SEBUYAU, 15 SEPTEMBER 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkesempatan hadir meraikan Sambutan Maulidurasul Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi di Kampung Sebangan, Sebuyau, pada Sabtu.

    Dalam majlis berkenaan sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Dato Sri Julaihi berpeluang bersama-sama masyarakat Islam dalam satu acara perarakan yang bermula di perkarangan Masjid Darul Aman, Sebangan.

    Kongsi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, majlis perarakan turut disertai oleh kontinjen dari beberapa buah kampung sekitar Sebuyau iaitu Kampung Lutong, Kampung Sampat, Kampung Menek dan Arus Melayu.

    Usai majlis, beliau kemudian bergerak mengadakan lawatan ringkas ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sampat, Sebangan yang telah siap dan mula beroperasi pada awal September lalu.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan ke Pusta NADI yang telah siap bertempat di Perpustakaan Kampung Sampat.

    Dalam lawatan tersebut, beliau mendengar sesi taklimat daripada Pengurus NADi mengenai operasi Pusat NADi Kampung Sampat Sebangan yang baru memulakan operasinya.

    Taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di NADi, serta memperkenalkan fungsi dan manfaat pusat tersebut kepada komuniti.

    Pengurus NADi juga menyampaikan maklumat mengenai operasi NADi di Kampung Sampat Sebangan dan mempromosikan pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pusat tersebut.

    Kewujudan NADi di Kampung Sampat Sebangan diharap dapat memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dengan meningkatkan kemahiran digital, menjana pendapatan melalui platform e-dagang, dan merapatkan jurang sosioekonomi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...