More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi sempurnakan ibadah korban dengan menyumbang 11 ekor sapi bagi...

    Dato Sri Julaihi sempurnakan ibadah korban dengan menyumbang 11 ekor sapi bagi DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 18 JUN 2024: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi telah menyumbangkan sebanyak 11 ekor sapi bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau sempena Hari Raya Korban tahun ini.

    Melalui sumbangan tersebut, sebanyak 11 buah kampung iaitu Kampung Lereng Bukit, Kampung Sangki Melayu, Kampung Lot Baru, Kampung Seberang, Kampung Masjid, Kampung Jalan Sawmill, Kampung Baru Hilir, Kampung Hulu, Kampung Baru, Kampung Jalab Giatmara dan Urusetia Saudara Kita telah mendapat manfaat daripadanya.

    Majlis pengagihan daging korban kepada wakil kampung telah diadakan secara bergotong royong antara Pejabat Daerah Sebuyau, Pusat Khidmat DUN Sebuyau dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin Sebuyau.

    Dato Sri Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau merakamkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada Isnin itu.

    Dato Sri Julaihi turut serta menyempurnakan simbolik melapah daging korban-Foto UKAS

    Usai majlis ibadah korban di Sebuyau, beliau kemudian bergerak ke Masjid Darul Iman, Sebangan bagi menyertai masyarakat Islam di sekitar Sebangan menyempurnakan ibadah korban.

    Hadir sama, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya, Penghulu Abu Seman Suhaili dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin Sebuyau.

    Terdahulu, Dato Sri Julaihi Narawi telah menunaikan solat Aidiladha bersama 500 jemaah di Masjid Al- Muflihin pada Isnin yang diimamkan oleh Imam Masjid, Sahat Zainal.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read