More
    Home Malaysia Dato Sri Julaihi sempurnakan agihan bubur lambuk kepada 11 Kampung di bawah...

    Dato Sri Julaihi sempurnakan agihan bubur lambuk kepada 11 Kampung di bawah DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 18 MAC 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi sempurnakan majlis pengagihan bubur lambuk kepada 11 buah kampung di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau sempena Program Ziarah Ramadan 2024.

    Beliau dalam kenyataan memberitahu, sebanyak 800 pek bubur lambuk dan kurma berjaya diagihkan kepada 11 buah kampung iaitu Kampung Baru Hilir, Kg Baru, Kg Giat Mara, Kg Lereng Bukit, Kg Masjid, Kg Hulu, Kg Jalan Sawmill, Kg Lot Baru dan Kg Seberang Sebuyau.

    Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sebuyau pada Sabtu itu, turut menyaksikan majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf oleh Dato Sri Julaihi selaku ADUN Sebuyau.

    Dato Sri Julaihi berkesemoatan menunaikan solat fardhu dan tarawih bersama warga Sebuyau usai majlis Ziarah Ramadan pada sebelah pagi Sabtu.

    Usai majlis, Dato Sri Julaihi dan tetamu yang lain turut berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa berjemaah sekaligus solat fardhu dan tarawih bersama warga Sebuyau di Masjid Al-Muflihin.

    Turut hadir sama mengiringi adalah Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang, Pengetua SMK Sebuyau; Awang Abas Awang Lawi, Timbalan Setiausaha Tetap MUT; Syed Fauzi Sahab, Pegawai Tadbir Sebuyau; Tahir Putih dan Ajis Ahmad, Ketua-Ketua Kaum, Guru Besar Sekolah Rendah dan KMKK sekitar Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...