More
    Home Sarawak Kuching Dato Sri Julaihi menafikan tuntutan terhadap Empangan Trusan dan Baram

    Dato Sri Julaihi menafikan tuntutan terhadap Empangan Trusan dan Baram

    KUCHING, 29 NOVEMBER 2023 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian bahawa Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Cahya Mata Sarawak Bhd dan Gamuda Bhd muncul sebagai pesaing kuat untuk pembinaan Empangan Trusan dan Baram.

    Katanya, Kerajaan Sarawak masih belum membuat sebarang keputusan untuk meneruskan kedua-dua empangan memandangkan Sarawak Energy kini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk membangunkan projek Hidroelektrik Trusan dan sedang mengkaji skim empangan lata.

    “Semua pihak berkepentingan utama akan terlibat termasuk wakil tempatan, pemimpin dan komuniti di kawasan itu. Kami masih belum membuat sebarang keputusan untuk meneruskan empangan Trusan atau Baram pada peringkat ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan menteri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

    ADUN Sebuyau itu menambah, Perjanjian Kerjasama Strategik yang ditandatangani antara Sarawak Energy dan Gentari Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, pada 27 Jun 2023 dibuat untuk meneroka peluang kerjasama dalam membangun dan menggunakan penyelesaian tenaga bersih di Sarawak.

    “Justeru, laporan yang dibangkitkan ADUN Ba’Kelalan mengenai PETRONAS, Cahya Mata Sarawak Bhd dan Gamuda Bhd sebagai pesaing kuat pembinaan empangan Trusan dan Baram adalah tidak tepat.

    “Untuk rekod, saya ingin mengulangi di sini (bahawa) belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai empangan Trusan dan Baram,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...